Seorang bapa, Nazihan Rohani, 36, membuat laporan polis ekoran tindakan doktor di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang melengahkan proses pembedahan anaknya sehingga menyebabkan keadaan anaknya, Nurnatasya, 11, bertambah kritikal. Dakwanya pada 28 Januari lalu, anaknya itu dibawa ke HTF untuk rawatan kerana dipercayai menghidapi apendiks.
Namun, pembedahan ke atas anaknya ditangguhkan dengan alasan ketiadaan bilik sedangkan budak perempuan itu sudah disuruh berpuasa bagi menjalani ujian imbasan X.
"Saya difahamkan oleh doktor yang merawat mendakwa apendiks anak hanya di peringkat permulaan.
“Saya kemudiannya dapati anak saya tidak bermaya tetapi masih tidak mendapat rawatan sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Nazihan berkata, melihatkan keadaan begitu, dia meminta surat kebenaran keluar untuk membawa anaknya dirawat di hospital lain kira-kira jam 11.30 pagi.
Katanya, apabila pembedahan dijalankan, anaknya kembali stabil dan dia membuat laporan polis pada 16 Februari lalu.
“Laporan terbabit dibuat disebabkan tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan itu oleh hospital berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah HTF, Datuk Dr Ahmad Nordin Mohd Jais berkata, pihaknya akan mengenal pasti perkara berkaitan sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Sebelum tindakan diambil, pihak hospital akan menyiasat perkara berkenaan supaya langkah yang diambil bertepatan dengan keadaan,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Pihak HTF perlu memberi penjelasan yang wajar kepada pesakit dan keluarganya agar mereka memahami prosedur yang perlu dilalui. Kadangkala pemahaman yang kurang boleh mendatangkan salah faham.
©Eriyza : Ada sepupu yang pernah menjalani pembedahan apendiks.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.