Feb 11, 2013

Penculik Tebusan Ditembak Polis Perempuan


Seorang polis wanita boleh dianggap sebagai 'heroin' apabila berjaya menembak penjenayah yang menjadikan orang awam sebagai tebusan. Malah, tembakan itu dilakukannya ketika sedang berunding dengan penjenayah berkenaan. Jika sasarannya tersasar, pasti nyawa wanita yang menjadi tebusan bakal terancam.

Namun, polis wanita tersebut menembak dengan yakin tepat ke arah lelaki itu. Tebusan itu terselamat tetapi terdapat kecederaan di lengannya kerana ditikam oleh lelaki yang menjadikannya tebusan. Punca sebenar insiden itu tidak diketahui.

©Eriyza : Tabik pada polis wanita yang berani.





0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.