Feb 14, 2013

Terima Padah Kerana Isyarat Lucah


Seorang juruukur bahan berusia 29 tahun, Leong Pei Koe, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau selepas membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan ekoran menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis pada Isnin lepas.

Dia dituduh menunjukkan isyarat lucah itu ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada pukul 11.50 pagi. Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Asisten Superintendan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.


Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika Pei Koe gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Februari Pei Koe membayar denda itu.

Petikan Kosmo!


Sewajarnya kes sebegini diberi hukuman penjara yang lama agar masyarakat di luar sana tidak bersikap biadap terhadap keluarga diraja.

©Eriyza : Hormat pada sesiapa sahaja.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.