Mar 3, 2013

Dua Komando Gugur Akibat Mortar


Penulis ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dua pejuang negara yang meninggal dunia ketika bertugas mengawal keselamatan Malaysia. Umum maklum bahawa anggota komando VAT69, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud gugur setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina pada Jumaat, 1 Mac 2013.

Selain mangsa yang terkorban, 3 orang lagi komando lain turut cedera. Mereka yang dirawat di Hospital Lahad Datu ialah Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, yang terkena tembakan di bahu kanan dan kedua-dua kaki, manakala Kpl Azman Ampong, 39, terkena tembakan di punggung dan paha. Seorang lagi anggota yang cedera, Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Dianggarkan seramai 180 pemberontak yang menggelarkan diri mereka Tentera Sultan Sulu, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh negeri di bawah bayu, Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina. Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah.

Al-Fatihah buat 2 orang komando negara yang mati sebagai seorang perwira. Terima kasih kerana mempertaruhkan nyawa untuk memastikan tanah tumpah darahmu selamat dari ancaman musuh. Mudah-mudahan krisis ini segera berakhir.

©Eriyza : Wahai Tentera Sultan Sulu, adakah kamu berpuas hati melihat isteri menjadi balu, anak menjadi yatim?? Tidakkah kamu mempunyai belas kasihan terhadap insan yang tidak berdosa?? Pulanglah ke pangkuan keluargamu sebelum lebih banyak nyawa menjadi korban.

Via : ABN News



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.