Mar 27, 2013

Honda CR-Z


Sebelum ini penulis pernah berangan untuk memandu kereta sport. Siang tadi penulis berpeluang mencuba Honda CR-Z milik seorang 'rakan'. Bagaikan mimpi menjadi nyata, penulis memandu dengan penuh keterujaan di lebuhraya. Sambil ditemani oleh pemilik kereta berkenaan, penulis menekan throttle sehingga meter yang berabjad menunjukkan 3 angka.

Keterujaan penulis semakin bertambah apabila gear manual 6 berjalan lancar walhal penulis sudah terlalu lama tidak menekan pedal clutch pada kenderaan. Almaklumlah asyik bawa kereta auto sahaja, risau juga kalau kereta secantik ini mati enjin di tengah jalan. Rakan di sebelah asyik tersenyum apabila penulis bersungguh-sungguh memuji CR-Z putihnya itu.


Kereta ini hanya sesuai dinaiki oleh dua orang walaupun ia mempunyai tempat duduk di belakang. Namun, mungkin selesa bagi kanak-kanak tetapi tidak bagi orang dewasa. Bahagian bonetnya agak luas dan tiada masalah untuk mengisi barang ketika balik kampung. Cuma, tidak dapat membawa ibu bapa mentua jalan-jalan makan angin.

©Eriyza : Terima kasih Tan Heng Huat, 8190.15 sudah setel.



2 Comment

Ibu Ilyanie(s) Thu Mar 28, 11:03:00 AM

Luar Biasakk!!! Berangan jugak nak pakai kereta honda... Honda Accord 2.4vtec. Wah!! Terujanya...

Jemput menjengah...http://puterihannan.blogspot.com/
http://ibuilyaniescottage.blogspot.com/

Eriyza Wed Apr 03, 12:27:00 AM

@Ibu Ilyanie(s):
Semoga impian Puan jadi kenyataan satu masa nanti. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.