BUKIT MERTAJAM - Kebocoran ‘hydrolite peroxide’ di stor integrasi Hospital Bukit Mertajam petang semalam, dapat dikawal dalam tempoh dua jam. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Aznam Ashraf Abu Zarin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.58 petang.
“Siasatan mendapati, kebocoran bahan kimia berbentuk cecair yang digunakan untuk tujuan perubatan tersebar di dalam bilik simpanan terbabit.
“Tumpahan bahan kimia sebanyak 20 liter itu dibersihkan menggunakan serbuk soda oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Perai dan Jalan Perak,” katanya.
Beliau berkata, punca tumpahan masih dalam siasatan dan pihaknya tidak mengalami sebarang kesukaran ketika kerja pembersihan dijalankan.
“Walaupun ia tidak berbahaya, namun bahan terbabit boleh mengakibatkan sakit tekak dan pening kepala jika terhidu dalam kuantiti yang banyak,” katanya.
©Eriyza : Mujurlah tiada kejadian tidak diingini berlaku.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.