Mar 1, 2013

Jambatan Runtuh Di Laluan Putrajaya Link


Satu insiden jambatan runtuh berlaku di Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Khabarnya, jambatan itu menghubungkan Taman Putra Perdana, Puchong dan Taman Sains Selangor II. Namun, tiada sesiapa yang terlibat di dalam kejadian itu berikutan laluan berkenaan telah ditutup sebulan lalu oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS)

Nahas di Kilometer 24 itu juga tidak mengakibatkan gangguan lalu lintas yang teruk kerana laluan lencongan telah dibina.


Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, laluan jejambat itu ditutup selepas pihaknya mendapati beberapa tiang jejambat kelihatan condong yang mungkin disebabkan tanah mendap.

“Laluan bawah yang merupakan laluan Putrajaya Link di Kilometer 2.4 turut ditutup. Jururunding bebas dilantik untuk menyiasat serta mengumpul maklumat mengenai keadaan keselamatan jejambat bertingkat berkenaan bagi tujuan baik pulih.

“Namun, belum pun laporan daripada jururunding bebas sempat diterima, jejambat itu yang kini di bawah seliaan PLUS telah runtuh,” katanya yang mendakwa jejambat itu telah diserahkan kepada PLUS untuk tujuan penyelenggaraan pada 22 Mac 2012.

Petikan Kosmo!


Ada pihak mendakwa punca kejadian ini adalah disebabkan oleh pergerakan tanah yang menyebabkan tiang jambatan condong sebelum runtuh.

©Eriyza : Tidak tahu lokasi tepat jambatan ini dibina.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.