KUALA TERENGGANU – Tiga anggota bomba cedera ditimpa struktur bumbung bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang runtuh akibat kebakaran semalam. Kebakaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi itu menyebabkan struktur bumbung bangunan menjadi tidak kukuh selepas api mula merebak daripada bilik Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo di tingkat tiga bangunan.
Difahamkan, ketika kerja-kerja memadamkan sisa kebakaran dijalankan, kerangka sokongan bumbung tiba-tiba runtuh menyebabkan tiga daripada lapan anggota bomba yang berada di tingkat tiga cedera.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Md. Salleh Sarbini memberitahu, seorang anggota bomba terkena sedikit runtuhan manakala dua lagi mengalami calar-calar di badan.
“Mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui.
©Eriyza : Ada saudara kandung bekerja di UMT.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.