Penulis pernah melihat pengantin menyanyi pada hari persandingan mereka tetapi tidak pernah tengok pengantin lelaki membacakan surah Al-Quran untuk isteri mereka. Inilah buat julung-julung kalinya penulis menyaksikan momen seindah ini untuk sepasang pengantin.
Pengantin lelaki menghadiahkan Surah At-Tahrim kepada isterinya pada hari pernikahan mereka.
Tadabbur ayat daripada surah at-Tahrim :
1) Ayat 6 hingga ayat 11 surah At-Tahrim. Surah ini membincangkan hal kekeluargaan. Menceritakan kepada kita tentang keluarga Nabi Muhammad s.a.w kemudian diikuti dengan kisah dua kumpulan manusia, iaitu kisah dua isteri nabi (isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut) dan diakhiri dengan kisah isteri Firaun. (Sila rujuk tafsir)
2) Ayat ini juga ditujukan kepada kita dan keluarga kita, merangkumi satu keluarga. Satu peringatan besar buat kita.. terdapat orang yang selalu ke masjid, isterinya juga ke masjid dan kuliyah tapi ahli keluarga (anak-anak) tidak diperhatikan.
3) Juga diceritakan mengenai seruan Jihad di jalan Allah s.w.t.
Semoga pernikahan pasangan ini diberkati Allah sampai bila-bila. Pernikahan seperti inilah yang patut diterapkan oleh setiap umat Islam, bukannya penuh dengan agenda yang melalaikan.
©Eriyza : Bertuah kalau berkahwin dengan Hafiz.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.