Apr 18, 2013

Besi Penghadang Jalan Hentam Cermin Kenderaan


Petaling Jaya: Ibarat nyawa di hujung tanduk, itu detik cemas dialami seorang wanita mengandung bersama suaminya yang nyaris tercucuk besi penghadang jalan Lebuhraya Persekutuan berhampiran sebuah pusat pameran kereta selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pasangan suami isteri terbabit yang menaiki kereta Nissan Slyphy tergamam apabila terlihat sebatang besi terbang ke arah mereka sebelum menembusi cermin hadapan dan nyaris terkena mereka.

Kejadian berlaku selepas sebuah treler menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan selepas tayarnya pecah sebelum merempuh kereta Proton Wira di hadapannya menyebabkan kereta terbabit turut hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Malah, akibat rempuhan terbabit, satu besi penghadang jalan tertanggal dan terpelanting ke arah kereta dinaiki pasangan terbabit di laluan bertentangan.

Isteri pasangan berkenaan yang juga sedang mengandung sebulan, Nuryanti Nordin, 31, berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong terkejut apabila terlihat satu objek terpelanting ke arah mereka.

©Eriyza : Mujurlah tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian ini.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.