Apr 3, 2013

Jari Kelengkeng Dalam Perut Anjing


Seorang bapa, Luis Brignoni Sr, 41, nekad membunuh anjing peliharaannya ekoran haiwan berkenaan menggigit sehingga putus jari kelengkeng anak lelakinya. Kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Bradenton sewaktu Fernando Brignoni, 11, bermain dengan anjing yang diberi nama Sassy.


Tiba-tiba, Sassy membaham tangan Fernando dan menelan jarinya. Abangnya, Luis, 13, memukul Sassy dengan kayu tetapi malangnya jari Fernando telah putus. Mendengarkan kekecohan tersebut, bapa mereka telah menembak Sassy lalu membelah perutnya untuk mengambil kembali jari Fernando.


Mangsa dihantar ke Hospital St. Petersburg dengan helikopter. Kemudiannya, dia telah dipindahkan pula ke Hospital Besar Tampa. Malangnya, doktor gagal menyambung semula jari kelengkeng Fernando memandangkan jari budak berkenaan telah rosak teruk.

©Eriyza : Semoga Fernando cepat sembuh.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.