Sejak kematian bekas Perdana Menteri Britain pada 8 April 2013 diumumkan secara rasmi, maka banyaklah media dari berbilang negara mahu menjadi antara yang terawal untuk menyebarkan khabar berkenaan. Di sebalik perlumbaan antara pihak media massa dan media cetak, ada dua stesen televisyen dari dua negara yang berbeza melaporkan maklumat yang salah.
Stesen televisyen CTi Cable dari Taiwan memaparkan video Ratu Elizabeth II yang sedang beramah mesra dengan rakyat jelata sambil melaporkan tentang kematian Margaret Thatcher. Mereka mungkin keliru kerana wajah Ratu Elizabeth II dan Margaret Thatcher ada sedikit persamaan.
Dek kerana kritikan orang ramai, CTi Cable kemudiannya memohon maaf ekoran kesilapan mereka menyiarkan visual yang salah ketika laporan kematian itu dibuat.
Manakala Channel 5, Thailand pula memaparkan wajah aktres terkenal, Meryl Streep, sebagai Margaret Thatcher. Persamaan yang ada pada mereka hanyalah penggunaan The Iron Lady ekoran aktres berkenaan memainkan peranan sebagai mendiang di dalam salah satu filem yang turut menggunakan judul yang sama. Mereka turut menceritakan biografi Margaret sambil terus menggunakan gambar Meryl.
Melalui facebook rasmi mereka, pihak produksi memohon maaf sambil berjanji akan lebih berhati-hati sebelum menyiarkan sesuatu berita pada masa akan datang.
©Eriyza : Nampak sangat pihak produksi kurang mengenali ahli politik bernama Margaret Thatcher.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.