Apr 20, 2013

Ruang Mewah Dalam Bas Murah


Senuah syarikat perkhidmatan bus mencetus fenomena baru apabila menyediakan tempat tidur di dalam basnya. Bas 2 tingkat itu akan memulakan operasinya pada musim panas. Bas yang asalnya mempunyai 53 tempat duduk telah diubahsuai kepada 42 tempat tidur yang selesa.

Bas itu akan menghubungkan London dengan beberapa bandar lain seperti Aberdeen, Aviemore, Cumbernauld, Dundee, Dunfermline, Edinburgh, Falkirk, Ferrytoll, Glasgow, Inverness dan Perth. Ada sesetengah perjalanannya dijangka mengambil masa selama 7 hingga 8 jam.


Penumpang boleh meluruskan kerusi jika mahu tidur. Bahkan mereka akan diberi minuman, ubat gigi, berus gigi, topeng muka dan selimut secara percuma. Menariknya, tambang bas ini bermula semurah £15 (RM69.37).

©Eriyza : Ada sesiapa mahu cuba tidur seperti di bilik dalam bas??

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.