Mar 19, 2013

Satu Isteri, Lima Suami


Sant Ram Verma, Bajju Verma, Gopal Verma, Guddu Verma, Dinesh Verma, Rajo Verma dan Jay Verma

Bila disebut tentang madu, di kepala kita tentu terfikir tentang lelaki yang mempunyai lebih dari 1 isteri. Lain pula halnya di India apabila wanita yang memadukan lelaki. Rajo Verma, 21, bukan hanya memiliki seorang suami bahkan 5 kesemuanya. Malahan, kesemua suaminya adalah adik-beradik kandung.

Wanita muda ini pada asalnya berkahwin dengan Guddu Verma, 21, empat tahun lalu. Dia kemudiannya berkahwin pula dengan Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh, 19.




Perkahwinan mereka ini dipanggil 'polyandry'. Tradisi ini hanya diamalkan oleh golongan minoriti terutamanya di kawasan lelaki lebih ramai dari wanita. Keluarga besar ini tinggal di sebuah perkampungan kecil di Dehradun, Selatan India.

Setiap malam, Rajo akan tidur bersama suaminya mengikut giliran yang telah ditentukan. Dia telah mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan, Jay Verma, yang tidak diketahui siapakah bapa kandungnya.

Walaupun berkongsi isteri, namun istilah cemburu tidak wujud di kalangan adik-beradik Verma kerana mereka berpendapat kehidupan mereka sudah cukup membahagiakan di bawah satu bumbung. Selain Rajo, ibunya turut memiliki 3 orang suami sebelum ini.

©Eriyza : Adakah hanya India mengamalkan perkahwinan sebegini??

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.