BEIJING - Beberapa anggota bomba dan paramedik telah menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan yang terperangkap di dalam saluran paip pembentungan sebuah lubang tandas, menurut laman berita Zhejiang News.
Menurut laman itu, seorang penduduk mendengar tangisan seorang bayi berusia dua hari dari dalam tandas awam tingkat empat sebuah bangunan kediaman di bandar Jinhua, daerah Puijian, China pada Sabtu lalu. Penduduk itu kemudian bertindak memberitahu polis berhubung tangisan bayi tersebut. Selepas aduan itu diterima, beberapa anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memotong sebahagian saluran paip pembentungan itu dengan menggunakan gergaji. Mereka kemudian mengeluarkan saluran paip yang berbentuk huruf L berdiameter kira-kira 10 sentimeter.
Paip itu dihantar ke sebuah hospital untuk dipecahkan supaya bayi tersebut dapat dikeluarkan. Doktor-doktor dan anggota penyelamat mengeluarkan bayi itu dalam tempoh hampir sejam. Stesen televisyen di negara ini turut menyiarkan satu rakaman video yang menunjukkan kerja-kerja menyelamat itu dilakukan.
Portal berita hangzhou.com.cn melaporkan, bayi yang seberat 2.3 kilogram itu terperangkap selama dua jam. Bayi itu mengalami luka di muka, kaki dan tangannya manakala kadar denyutan jantungnya perlahan pada satu ketika.
Menurut Zhejiang News, bayi tersebut diberi nama No.59. Ia melaporkan, nama tersebut diberikan berdasarkan nombor inkubator bayi itu. Polis kini mengkategorikan kes itu sebagai percubaan membunuh. Pihak polis turut mencari ibu dan beberapa orang lain yang terlibat dalam kes percubaan membunuh bayi itu.
©Eriyza : Jika tidak mahu anak ini sekali pun, janganlah dibuang umpama sampah, berilah kepada pasangan lain yang tidak mempunyai zuriat.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.