GEMENCHEH – Gerak hati seorang posmen untuk meninjau ke dalam rumah seorang penduduk di Kampung Baru Air Kuning Selatan, dekat sini, membawa kepada penemuan mayat, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, mayat Yap Kuet Kiang, 58, yang dipercayai sudah mati beberapa hari ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan.
Menurut sumber, posmen tersebut dipercayai ingin menghantar surat berdaftar di rumah berkenaan, namun berasa curiga apabila bunyi hon berulang kali tidak diendahkan pemilik rumah.
“Lebih menambahkan perasaan curiga posmen itu apabila surat yang dihantar beberapa hari sebelum ini masih lagi terdapat di dalam peti surat, seolah-olah tidak diendahkan oleh pemilik rumah berkenaan.
“Kebiasaannya, setiap kali posmen berkenaan membunyikan hon bagi menghantar surat berdaftar, mangsa pasti bergegas keluar dari rumah. Posmen berkenaan yang mulai berasa tidak sedap hati meninjau ke dalam rumah mangsa,” kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kebetulan pintu rumah mangsa terbuka dan posmen berkenaan terkejut apabila ternampak tubuh mangsa tertiarap di ruang tamu serta sudah berbau.
Posmen berkenaan bergegas melaporkan penemuan berkenaan kepada pihak polis di Balai Polis Air Kuning Selatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.
“Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat," katanya.
©Eriyza : Posmen berkenaan seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup mencari penerima surat tersebut sehingga membawa kepada penemuan mangsa yang sudah tidak bernyawa.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.