May 18, 2013

Kanggaru Tumbuk Ahli Politik


SYDNEY - Seekor kanggaru bertindak menyerang seorang ahli politik Australia dengan menumbuknya sehingga dia rebah sebelum mencakar kakinya di sebuah kawasan padang di pinggir bandar di sini.

Kanggaru berwarna kelabu itu bertindak demikian selepas terkejut dengan kehadiran ahli parlimen tersebut, Shane Rattenbury yang sedang berjoging.

Ketika kejadian, haiwan itu sedang meragut rumput di hadapan halaman sebuah rumah yang terletak berdekatan bangunan parlimen di Canberra. Kanggaru setinggi 1.4 meter itu bertindak mencakar bahagian kaki kiri Rattenbury dan menumbuknya sehingga ahli parlimen berkenaan rebah sebelum ia melarikan diri.

"Apabila ia (kanggaru) terkejut, haiwan tersebut cenderung untuk mengambil langkah untuk mempertahankan diri," kata Rattenbury kepada agensi berita Reuters.

©Eriyza : Suka tengok anak kanggaru dalam kantung ibunya.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.