Ustaz selebriti tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkahwin buat kali ketiga dengan seorang gadis yang bernama Izyan.
Tidak banyak maklumat tentang pernikahan Ustaz Azhar ♥ Izyan yang boleh dikongsi dengan anda kerana sumbernya agak terhad. Walau apa pun, tahniah kepada Ustaz Azhar dan zaujahnya, Izyan di atas pernikahan ini. Semoga kehidupan Ustaz Azhar Idrus dan isteri-isterinya sentiasa disulami bahagia.
Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar di Hulu Klang, Gombak, semalam.
Azhar yang berbaju kelabu dan berkopiah hadir ditemani isteri pertama dan keduanya, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, sebelum dinikahkan jam 11.52 pagi.
Majlis pernikahan itu turut dihadiri saudara-mara, kenalan serta tetamu diundang.
Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang turut hadir pada majlis itu berkata isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, 27, dan berasal dari Johor.
“Saya dimaklumkan wanita dinikahi Ustaz Azhar adalah Izyan, berasal dari Johor dan kini menetap di Keramat.
Untuk makluman anda, Ustaz Azhar Idrus mempunyai 2 isteri terdahulu iaitu Rogayah Binti Sulung dan Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor. Beliau mempunyai 6 orang anak dengan isteri pertama manakala memiliki 2 cahayamata hasil perkahwinan dengan isteri kedua.
©Eriyza : بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Selamat Pengantin Baru Ustaz Azhar Idrus ♥ Izyan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.