May 11, 2013

Sekolah Tanpa Bayaran Di Bawah Jambatan


Anda tidak perlu kaya untuk menderma malah tidak juga perlu berwajah cantik untuk berbuat baik. Seorang lelaki membuktikan bahawa dia mampu mendidik anak bangsanya dengan percuma walaupun dia bukan guru. Rajesh Kumar Sharma, 40, memberikan pendidikan percuma kepada budak-budak yang mahu belajar di bawah jambatan.


Tanpa fasiliti yang lengkap, sekolah percuma itu mampu menarik 140 pelajar yang ingin celik huruf. Mereka belajar pelbagai subjek selama 2 jam sehari, 5 kali seminggu. Rajesh akan meninggalkan kedainya di bawah jagaan adiknya ketika dia mengajar.


Selain Rajesh, Laxmi Chandra turut mengajar di situ secara sukarela. Pelajar-pelajar mereak terdiri daripada anak-anak pekerja pembinaan, pemandu beca, buruh ladang dan peniaga jalanan yang miskin.

Terlalu ramai orang kaya di India tetapi tiada sesiapa yang mampu menandingi keluhuran hati 'guru' yang ingin melihat anak-anak bangsanya berjaya dengan memberikan ilmu sekadar yang termampu.

©Eriyza : Teringin mengajar secara percuma kepada budak-budak yang kurang pandai.

Via : Yahoo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.