Setelah proses pengundian Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) selesai dijalankan, beberapa buah negeri telah pun melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk meneraju pentadbiran negeri masing. Ada beberapa orang muka baru telah diangkat sebagai pentadbir manakala ada juga yang masih mengekalkan menteri yang sama.
Berikut penulis senaraikan beberapa orang Menteri besar dan Ketua Menteri yang telah mengangkat sumpah untuk jawatan masing-masing setelah menerima watikah manakala sebahagian yang lain akan dikemaskini kemudian setelah perlantikan mereka disahkan.
MENTERI BESAR KEDAH
• DATUK MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR
• ANGKAT SUMPAH PADA ISNIN - 06052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N4 AYER HITAM)
MENTERI BESAR KELANTAN
• DATUK AHMAD BIN YAKOB
• ANGKAT SUMPAH PADA ISNIN - 06052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N3 PASIR PEKAN)
KETUA MENTERI SABAH
• DATUK SERI MUSA BIN AMAN
• ANGKAT SUMPAH PADA ISNIN - 06052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N42 SUNGAI SIBUGA)
MENTERI BESAR PERLIS
• AZLAN BIN MAN
• ANGKAT SUMPAH PADA SELASA - 07052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N11 PAUH)
MENTERI BESAR PERAK
• DATUK SERI ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
• ANGKAT SUMPAH PADA SELASA - 07052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N52 PANGKOR)
KETUA MENTERI PULAU PINANG
• LIM GUAN ENG
• ANGKAT SUMPAH PADA SELASA - 07052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N23 AIR PUTEH)
KETUA MENTERI MELAKA
• DATUK WIRA IDRIS BIN HARON
• ANGKAT SUMPAH PADA SELASA - 07052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N11 SUNGAI UDANG)
MENTERI BESAR PAHANG
• DATUK SERI ADNAN BIN YAAKOB
• ANGKAT SUMPAH PADA KHAMIS - 09052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N36 PELANGAI)
MENTERI BESAR TERENGGANU
• DATO' SERI AHMAD BIN SAID
• ANGKAT SUMPAH PADA SABTU - 11052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N30 KIJAL)
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
• DATUK SERI MOHAMAD BIN HASAN
• ANGKAT SUMPAH PADA SABTU - 11052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N27 RANTAU)
MENTERI BESAR JOHOR
• DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
• ANGKAT SUMPAH PADA SELASA - 14052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N43 PERMAS)
MENTERI BESAR SELANGOR
• TAN SRI ABD KHALID BIN IBRAHIM
• ANGKAT SUMPAH PADA SELASA - 14052013
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N46 PELABUHAN KLANG)
KETUA MENTERI SARAWAK
• TAN SRI ABDUL TAIB BIN MAHMUD
• ANGKAT SUMPAH PADA SELASA - 17072011
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) N51 BALINGIAN)
©Eriyza : Tahniah kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang telah dilantik. Semoga para Yang Berhormat sekalian menjalankan tugas dengan tulus dan telus.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.