Jun 28, 2013

Bazir Duit Demi Tiket


Kota Bharu: “Ini yang dikatakan ‘Semangat Kelate’. Walaupun tiket berharga RM80 saya tetap beli demi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan.

“Bagaimanapun, saya harap isu ulat tiket dan jualan tiket habis dalam tempoh tidak munasabah tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” kata penyokong The Red Warriors, Mohd Amiruddin Mohamad, 25.

Penyokong dari Kampung Tiong, dekat sini, itu berkata dia terpaksa membeli tiket perlawanan akhir Piala FA daripada ulat tiket berharga RM80 sekeping, semalam.

“Saya membelanjakan RM560 membeli tujuh tiket daripada ulat tiket. Saya terpaksa membeli daripada ulat tiket kerana tidak berpeluang membeli tiket dijual di kaunter.

“Jika tidak beli tiket, sia-sia saja persiapan ke Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilakukan bersama rakan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), semalam.

©Eriyza : Pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.