Jun 22, 2013

Bergaduh Dengan Merempuh


Rakaman video CCTV telah menjadi perhatian ramai apabila ayah dan anak saling berbalah dengan melanggar kenderaan antara satu sama lain. Kes itu dilaporkan berlaku pukul 10.50 pagi pada hari Rabu lalu ketika lalulintas di Ma'anshan, di Wilayah Anhui timur China sedang sibuk.



Pasangan itu telah terlibat dalam mengejar kereta lama di tengah-tengah lalu lintas yang sibuk pada hari Rabu, yang berakhir dalam kemalangan yang menyebabkan kedua-dua kenderaan rosak.

Sebuah Mercedes Benz S350 kelabu telah mengundur keretanya sehingga mengenai BMW Z4 sport merah yang sedang bergerak ke sisi kiri. Tidak cukup dengan itu, Mercedes itu terus menggesel BMW sehingga kedua-duanya kelihatan seperti membuat pusingan 360 darjah.


Tidak lama kemudian, kedua-dua beranak itu terus saling merempuh satu sama lain sehingga kedua-dua kenderaan rosak teruk. Kejadian yang berlarutan sehingga 4 minit itu terhenti apabila pemandu BMW keluar dari keretanya dan terus melarikan diri manakala si ayah mengejarnya dengan berbekalkan tali pinggang.

Akhirnya, Mercedes dan BMW ditinggalkan begitu sahaja di jalan yang sesak sebelum polis trafik membawa kenderaan-kenderaan itu ke balai polis. Menurut pegawai polis yang bertugas, Yang Xiaoyu, kedua-dua pemandu akan didakwa atas tuduhan memandu secara berbahaya.


©Eriyza : Bapa borek, anak rintik.

Via : ChinaSmack | News



3 Comment

Potia Casadelarossa Sun Jun 23, 12:40:00 AM

mcm dah kaya sgt

Potia Casadelarossa Sun Jun 23, 12:41:00 AM

pelik manusia punya ragam

Eriyza Mon Jun 24, 12:32:00 PM

@potia casadelarossa:
Aha, manusia ni memang
mempunyai pelbagai pe'el.
Mungkin depa byk lagi keta
lain kat umah, rosak 2 biji
tak jadi masalah. ^_^

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.