SUNGAI PETANI - Tindakan seorang wanita meninggalkan anak perempuannya yang berusia setahun empat bulan di dalam kereta jenis Proton Saga BLM dengan enjin yang masih hidup mengundang suasana panik apabila kanak-kanak tersebut nyaris lemas selepas terperangkap selama 30 minit.
Bagaimanapun, orang ramai terutama ibu mangsa yang menyaksikan kejadian pukul 12.45 tengah hari tersebut menarik nafas lega apabila kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Petani yang bergegas ke tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila wanita berusia lingkungan 40-an itu meninggalkan anaknya dengan enjin yang masih hidup di dalam kereta sebelum keluar membeli makanan di sebuah restoran di Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru di sini.
Tidak lama kemudian, anaknya dikatakan telah mematikan enjin kereta dan menarik keluar kuncinya menyebabkan kenderaan itu terkunci secara automatik.
Ibu mangsa yang kembali semula ke kereta kemudian panik dan menangis teresak-esak selain tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak membawa kunci pendua.
©Eriyza : Lebih baik bawa anak bersama-sama jika ingin berurusan atau tinggalkan dengan seseorang yang boleh dipercayai.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.