Jun 3, 2013

Ibu Muda Lahir Kembar Lima


Alexandra Kinova, 23, cukup gembira apabila mengetahui dirinya hamil, apatah lagi jika kandungan itu adalah kembar. Namun, dia tidak menduga bahawa anak yang dikandungnya bukan 2 malahan 5 sekaligus. Ibu muda berasal dari Milovice, utara timur Prague, Republik Czech itu melahirkan 4 kembar lelaki dan seorang kembar perempuan melalui kaedah Caesarean pada 2 Jun 2013.

Ibu dan bayi limanya tidak mengalami sebarang komplikasi tetapi mereka tetap diletakkan dalam unit rawatan rapi untuk pemantauan yang lebih baik dari kakitangan hospital. Pada mulanya doktor memberitahu Kinova dan suaminya, Antonin Kroscen, 26, bahawa mereka bakal memperolehi anak kembar. Mac lalu, doktor mengatakan bahawa anak mereka kembar 4 sebelum sekali lagi dikhabarkan pada bulan Mei bahawa sebenarnya dia mengandungkan kembar 5.


Pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 1 tahun 6 bulan dan anak mereka itu menamakan adik-adik lelakinya dengan nama Deniel, Michael, Alex dan Martin manakala adik perempuannya dipanggil Terezka. Kembar 5 itu dilahirkan dengan berat antara 1.05 sehingga 1.34 kilogram.


Uniknya, Kinova mengandung kembar 5 secara semulajadi tanpa melalui proses IVF. Kinova juga mencatat sejarah sebagai ibu pertama yang melahirkan anak kembar 5 di negaranya itu. Dia dan suaminya yang ada keturunan kembar bercadang untuk menyusukan kesemua anak-anaknya.

©Eriyza : Seronoknya kalau setiap kali bersalin dapat anak kembar.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.