Jun 9, 2013

Tampal Lidah Untuk Kurus


Beverly Hills – Pelbagai cara telah digunakan untuk membolehkan manusia kelihatan kurus, selain ubat-ubatan, diet atau kaedah sedut lemak. Terbaru seorang doktor bedah plastik, Dr. Nikolas Chugay telah mencipta kaedah mengurangkan berat badan dengan menjahit pelekat di lidah.



Menerusi kaedah itu, pesakit akan mengalami kesukaran untuk menelan makanan dan dikatakan mampu menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram dalam masa sebulan.

Pelekat berjaring itu juga akan menyebabkan pesakit sukar makan makanan pejal dan hanya akan makan makanan berupa cecair.

Sebanyak enam jahitan diperlukan untuk melekatkan pelekat itu ke mulut namun ia perlu digunakan hanya dalam masa sebulan.

Manakala kesan sampingan yang akan dialami oleh pesakit ialah mereka akan terjaga secara tiba-tiba dari tidur.

Menurut Dr. Nikolas,semua pesakit diberikan makanan berunsur cecair yang mengandungi khasit selain meminimumkan pengambilan kalori.

Sebanyak $2,000 dolar dikenakan untuk prosedur yang masih belum mendapat kelulusan daripada FDA itu.

Bagaimanapun kaedah ini mendapat kritikan daripada banyak pihak termasuk pakar kosmetik California, Dr. Richard Chaffoo yang menyifatkan pesakit akan mengalami kesakitan yang amat sangat.

“Apa jua benda yang diletakkan di atas lidah akan memberi risiko jangkitan.

“Anda boleh mendapat ulser dan jika ia boleh tertanggal, pelekat itu boleh masuk ke dalam kerongkong, hingga menyekat pengaliran udara,’ katanya.

©Eriyza : Takkan buat perkara macam ini untuk kurus.

Via : MyNewsHub | DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.