Jun 16, 2013

Tarian Aerobik Dari Banduan


Jika banduan di Filipina diberi kebebasan mempersembahkan tarian kepada umum, lain pula ceritanya dengan para banduan di Peru. Sekurang-kurangnya 1200 orang banduan telah menyertai tarian aerobik di Penjara Lurigancho, Peru. Banduan-banduan berkenaan dikumpulkan dari Penjara Peru, Venezuela, Ecuador dan Colombia untuk mencipta rekod bagi acara banduan paling ramai menari aerobik.


Banduan-banduan yang terdiri daripada perompak bersenjata, pembunuh upahan, pencuri dan lain-lain kesalahan telah bekerjasama menjayakan projek itu. Mereka diberi pakaian yang berlainan warna untuk menimbulkan suasana ceria.


Antara gerak tari aerobik yang mereka lakukan termasuklah rock, reggaton, hip-hop dan reggae. Mereka turut dilatih selama 3 bulan oleh Roger Romero iaitu jurulatih aerobik yang terkenal. Mereka dikawal ketat oleh pihak penjara sepanjang program itu berlangsung.


Penjara Lurigancho pada asalnya dibina untuk menampung 2,500 banduan, tetapi kini terdapat 7,000 penghuni di sebalik dindingnya besinya. Ia juga merupakan penjara paling sesak di Peru. Kebanyakan penghuninya ialah rakyat tempatan berbanding sebilangan kecil warga asing. Malah, kebanyakan mereka dihukum kerana menjadi penghantar kokain.

©Eriyza : Suka tengok tarian dari banduan.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.