Pada 25 Julai 2013, seorang budak perempuan berusia 8 tahun dilihat sedang melutut sambil membuat kerja rumah di hadapan sebuah kilang No.23, 185 Lane of Hongxing Road, Pudong Chuansha, China. Ketika itu, cuaca dilaporkan 39.3°C.
Menurut pengawal keselamatan di situ, budak perempuan itu telah melutut di bawah matahari sejak pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi sebelum dibenarkan berdiri oleh ayahnya.
Salah seorang wanita yang lalu-lalang di situ cuba memujuk kanak-kanak itu tetapi dia enggan berganjak tanpa izin ayahnya. Difahamkan, melutut sambil membuat kerja sekolah di tengah panas adalah denda yang dikenakan oleh ayah budak berkenaan ekoran kegagalan anaknya mendapatkan markah yang baik di dalam peperiksaan.
©Eriyza : Tidakkah bapanya risau jika sesuatu menimpa anaknya akibat cuaca panas??
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.