Jul 11, 2013

Candy Crush Saga Untung 2 Juta Sehari


CANDY Crush Saga – permainan maya yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar dan tablet pada hari ini. Bagai mempunyai magnet, sekali cuba pasti pemain akan berasa seperti ketagih untuk terus merentas level demi level teratas.


Sungguh pun permainan ini boleh dimuat turun secara percuma, tanpa disedari ramai pengguna terjebak untuk mengeluarkan belanja akhirnya semata-mata demi kepuasan hati dan hilang sabar.

Hal ini kerana semakin tinggi level permainan akan bertambah tinggi kesukaran untuk menyudahkannya. Tidak hairanlah pengguna mudah terumpan untuk mendapatkan ‘nyawa’ tambahan dan lain-lain kelebihan bagi memenangi permainan dengan cara membayar sedikit kos. Perkara ini dimaklumi oleh semua peminat permainan maya termasuk Candy Crush.

Di sebalik fenomena dicetuskan Candy Crush, pihak paling untung sudah tentulah pembangunnya, King.com Limited. Bagi permainan yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2012 ini, syarikat berkenaan mengaut sebanyak USD633,000 sehari (RM2,018,853).

Jika mengambil kira sebanyak 6.7 juta pemain aktif Candy Crush, secara purata seorang pemain membelanjakan sebanyak USD2.84 atau RM9.05 untuk permainan ini setiap hari.

Candy Crush Saga boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan boleh digunakan di iPhone, iPad dan iPod.

©Eriyza : Penulis antara penyumbang kekayaan pemilik Candy Crush Saga.

Via : MyNewsHub



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.