Pada pukul 2.00 petang, 5 Jun 2013, seorang gadis muda, Du, menaiki kereta api G7207 dari Wuxi ke Shanghai. Lelaki kacak yang duduk di sebelahnya telah menarik perhatian gadis itu. Justeru, dia mengambil peluang untuk berbual-bual dengan lelaki tersebut.
Malangnya lelaki yang bernama Xiao Wang itu agak pemalu. Maka, gadis itu terpaksa bercerita tentang gaya hidupnya yang mewah agar lelaki berkenaan tertarik padanya. Du agak terperanjat apabila lelaki sekacak Xiao Wang tidak pernah ke bar mahu pun kelab malam.
Du mendakwa dia sudah mengunjungi banyak kelab malam terkenal di Zhejiang, Jiangsu dan mengakui tujuannya ke Shanghai adalah untuk berhibur. Dia turut memberitahu bahawa dia menggunakan sesuatu untuk menjadikan kehidupan malamnya lebih 'berwarna-warni'. Xiao Wang curiga dengan kata-kata gadis itu lalu meminta dia menunjukkan bahan yang diceritakannya. Du memandang ke kiri dan kanan, kemudian mengeluarkan bungkusan plastik putih dari dompetnya dan berbisik kepada Xiao Wang bahawa ia adalah beberapa peket heroin untuk kegunaannya dan rakan-rakannya nanti.
Xiao Wang segera menghantar pesanan ringkas kepada rakan-rakannya. Dia membawa Du ke tempat duduk lain yang jauh dari penumpang lain untuk disoalsiasat. Sebenarnya Xiao Wang ialah anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam pada hari berkenaan. Setelah disiasat, Du tidak mempunyai rekod jenayah dan ibu bapanya mempunyai perniagaan di Nanjing. Du disahkan membawa 2 gram heroin.
©Eriyza : Inilah yang dikatakan buku bertemu dengan ruas.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.