Jul 6, 2013

Istana Baru Terenggganu Dinamakan Istana Syarqiyyah


KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini (5 Julai 2013) berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana baharu di Bukit Cendering di sini dengan nama Istana Syarqiyyah dan menjadi istana rasmi baginda.


Baginda bertitah demikian pada surat watikah yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera di istana baharu itu di sini hari ini.

Istiadat bermula dengan laungan azan oleh pegawai agama istana diikuti upacara menaikkan Bendera Sultan sebelum Ahmad membacakan pengisytiharkan permasyhuran nama istana berkenaan sebagai Istana Syarqiyyah yang bermaksud Permata Timur.

Turut hadir pada istiadat itu Setiausaha kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah, Ahli Dewan Pangkuan Di Raja Terengganu, anggota exco kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Shafii Mohamad ketika ditemui berkata Istana Syarqiyyah dibina dalam empat fasa bermula pada 2006 dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun hadapan.

Beliau berkata fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik.

Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalam dan sebagainya, kata Shafii.

“Istana Syarqiyyah merupakan istana utama baginda sultan dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan,” katanya.

©Eriyza : Belum tengok lagi Istana Syarqiyyah.

Via : Malaysian Review



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.