Jul 21, 2013

Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kenderaan


BESUT - Seorang pegawai polis trafik berpangkat Inspektor yang bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, putus kaki kanan selepas motosikal polis trafik ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta. Kejadian itu menyebabkan mangsa melambung 10 meter dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, Kuala Besut, di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, mangsa, Farid Hasni Mamat, 33, yang bertugas di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sedang membuat rondaan bersama seorang lagi pegawai, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman dari IPK Pahang dengan menunggang motosikal.

Difahamkan ketika mangsa sedang membuat rondaan, sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang dipercayai dipandu laju dikatakan dari arah Jalan Semerak, di sini, tiba-tiba memotong kenderaan lain di kawasan garisan berkembar.

Zainal yang berada di hadapan cuba mengelak dan bergesel tetapi mangsa yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu bertembung menyebabkan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok pagar sekolah.

Amat menyedihkan apabila kaki kanan mangsa dijumpai di bawah runtuhan tembok sekolah berkenaan kira-kira lima meter daripada mangsa.

“Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut, sementara pemandu kereta terbabit, seorang pelajar berusia 19 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” kata sumber.

Lebih memilukan sejurus kejadian itu, Farid Hasni yang masih sedar dikatakan sempat meluahkan perasaan sedihnya kerana akan menjadi orang kurang upaya (OKU) selepas kehilangan kaki.

Farid Hasni berasal dari Kuala Ibai, Kuala Terengganu, turut sedih mengenangkan nasib anaknya yang masih kecil, ditambah pula ketika ini umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa dan bakal menyambut Aidilfitri kira-kira tiga minggu lagi.

©Eriyza : Walaupun larangan memotong di garisan berkembar sudah lama dilaksanakan tetapi masih ramai yang enggan mematuhinya.

Via : Sinar Harian | Polis Diraja Malaysia



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.