Aug 27, 2013

Buat Perisai Bayang Lindungi Pelajar Perempuan


Pelajar lelaki sering dikaitkan dengan sifat nakal tetapi ada waktunya mereka boleh menjadi pelindung yang baik. Fenomena ini dapat dilihat di Sekolah Tinggi Zhengzhou No.19, China apabila sekumpulan pelajar lelaki membuat 'perisai bayang-bayang' untuk melindungi pelajar perempuan dari sinar terik matahari.

Petang 14 Ogos 2013 merupakan hari terakhir latihan ketenteraan bagi pelajar-pelajar baru di sekolah itu. Cuaca hari itu agak panas walaupun sesekali angin bertiup.

Seorang pelajar perempuan menghampiri Tong Jianing yang berketinggian 186cm lalu melontarkan soalan, "Bolehkah saya berdiri dalam bayang-bayang kamu?"

Lalu, pelajar lelaki itu memanggil 5 orang lagi rakan sekelasnya dan mereka membina benteng bayang-bayang untuk kawan-kawan perempuan mereka. Selepas itu, kira-kira 20 pelajar lelaki dari kelas yang sama secara spontan menyertai dinding manusia untuk memayungi para pelajar perempuan.

©Eriyza : Boleh buat calon suami.

Via : DailyMail





0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.