Aug 4, 2013

Masak Makanan Atas Jalan


Kebanyakan wilayah di China kini dilanda cuaca panas yang melampau sehingga suhu mencatatkan lebih 40 darjah Celsius iaitu yang tertinggi sejak 140 tahun lalu. Suhu lebih 40 darjah Celsius itu dicatatkan di 40 buah bandar dan daerah kebanyakannya di bahagian selatan dan timur negara ini.

Cuaca yang panas melampau itu telah menyebabkan ramai penduduk berkunjung ke tepi pantai dan kolam renang untuk menyejukkan badan.

Sebuah pusat pemuliharaan beruang panda juga dilengkapi dengan pendingin udara untuk menyejukkan haiwan tersebut di Chendu, barat daya China.

Cuaca panas yang melampau itu juga menyebabkan penutup lubang di sebatang jalan raya boleh dijadikan dapur untuk memasak.

Seorang kanak-kanak memasak udang dan telur dengan meletakkan kuali di atas penutup lubang tersebut di Jinan, timur China pada 31 Julai lalu.

Beberapa ekor anak ayam menetas secara sendiri ekoran cuaca yang panas itu di Zhengzhou, wilayah Hunan tengah China pada Khamis lalu.

Cuaca panas melampau itu melanda bandar Shanghai dan beberapa wilayah timur dan selatan negara ini sejak awal bulan lalu.

Ia dijangka berterusan sehingga pertengahan bulan ini.

Bandar Shanghai mencatatkan suhu setinggi 40.6 darjah Celsius pada 26 Julai lalu.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di bandar itu sejak bulan lalu.

Seorang penduduk, Wu Guiyun, 50, yang bekerja sambilan sebagai penghantar makanan berkata, dia cuba untuk menyejukkan badan dengan duduk di dalam pejabatnya yang dilengkapi penyaman udara jika tidak keluar menghantar pesanan.

"Cuaca sungguh panas sehingga saya sukar untuk bernafas," katanya.

Rekod susu panas sebanyak 42.7 darjah Celsius dicatatkan di bandar Fenghua, timur China pada 24 Julai lalu.

Menurut laporan stesen China Central Television baru-baru ini, sejumlah kenderaan mengalami masalah enjin yang panas manakala sebuah papan iklan terbakar dengan sendirinya di bandar Ningbo, wilayah Zhejiang.

Menurut laporan stesen itu, litar pintas akibat cuaca panas mungkin menyebabkan kebakaran itu berlaku.

Di wilayah Hunan, seorang suri rumah yang mahu mengambil beberapa biji telur yang disimpan di dalam sebuah bilik mendapati, anak-anak ayam telah menetas dari telur tersebut.

Seorang lelaki China, Yang Hao melecur di belakang badannya selepas dia terjatuh di tepi sebatang jalan raya di Changsa, wilayah Hunan akibat cuaca terlalu panas.

Dia dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut sejak 31 Julai lalu.

Cuaca panas yang luar biasa itu juga menyebabkan beberapa buah restoran di Pianyang, tengah China memindahkan ratusan meja ke kawasan cetek di sebatang sungai.

Ia membolehkan para pelanggan meletakkan kaki mereka ke dalam air semasa makan ekoran cuaca panas itu.

©Eriyza : Jimat duit gas kalau setiap hari masak atas jalan.

Via : Kosmo!



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.