Seorang kanak-kanak hancur tangan kiri selepas sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba meletup ketika sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.
Kejadian jam 8.45 malam itu menyebabkan Mohd Harith Danial Errman, 8, dikejarkan ke Hospital Besut sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.
Dia turut menerima beberapa jahitan apabila turut tercedera di mulut.
Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri.
Bagaimanapun, bapanya, Errman Mohd Yusof, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori bergegas pulang melihat anaknya di hospital sebaik dimaklumkan kejadian itu.
©Eriyza : Pemain mercun perlu dihukum jika ada yang cedera.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.