Aug 21, 2013

Pakai Topi Anti Penipuan Ketika Menduduki Peperiksaan


Kontroversi tercetus di sebuah universiti terkenal Thailand apabila para pelajarnya dikehendaki memakai topi anti penipuan ketika menduduki peperiksaan. Ada pihak telah memuatnaik gambar tersebut di Facebook dan pelbagai reaksi diberi oleh orang ramai.

Kira-kira 100 orang pelajar di Universiti Kasetsart dikehendaki memakai topi kertas yang mempunyai 'perisai' kiri dan kanan untuk mengelakkan mereka meniru rakan di sebelah ketika peperiksaan sedang berlangsung.

Salah seorang pensyarahnya, Nattadon Rungruangkitkrai, memaklumkan bahawa kaedah topi anti penipuan itu terpaksa digunakan ekoran para pelajar duduk sangat rapat antara satu sama lain dan ini memungkinkan mereka untuk melihat jawapan rakan mereka.

©Eriyza : Topi pakcik makcik Korea pergi ke ladang lagi cantik dari topi anti penipuan.

Via : Oddity Central



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.