Aug 25, 2013

Potong Kuku Ketika Memandu


Kuku pendek dan bersih adalah amat penting, akan tetapi anda haruslah memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memotong kuku. Seorang pemandu bas di Singapura telah dibuang kerja ekoran memotong kuku ketika sedang memandu.

Gelagat pemandu bas itu yang memotong kuku tangan kiri dengan tangan kanan yang mengawal stereng bas berjaya dirakam oleh seseorang (mungkin penumpang) dan menyebarkannya kepada orang ramai.

Perbuatan sedemikian merbahaya kerana pemandu berkenaan tidak dapat fokus sepenuhnya kepada jalan raya kerana dia perlu memandang tangannya untuk mengelakkan kuku terlebih potong.

©Eriyza : Potonglah kuku ketika trafik berwarna merah.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.