Seorang wanita, Lim Pui Lee menerima 30 jahitan di kepalanya akibat dipukul bertubi-tubi dengan tukul besi oleh bekas suaminya, Siow Poh Kong, 33, pada hari Ahad lalu di Taman Jasper Jaya.
Lelaki berkenaan turut memukul dan memijak bekas isterinya tanpa belas kasihan. Mereka yang telah bercerai hanya berkahwin secara tradisional tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.
Video yang tersebar luas ini dipercayai dirakam oleh anak mangsa. Seorang wanita lain berusaha menghalang Siow daripada membelasah Lim tetapi usahanya tidak berhasil manakala satu suara lain pula merayu agar perbuatan itu dihentikan. Mangsa dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
©Eriyza : Elok belasah pula lelaki ini dengan tukul besi yang sama.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.