Aug 30, 2013

Tiada Parking Untuk Orang Islam


Sebuah notis yang melarang umat Islam memarkir kenderaan mereka kelihatan di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Menurut laporan media antarabangsa Al Jazeera, papan amaran itu dipasang kerana pusat membeli-belah tersebut terletak di sebelah sebuah masjid di tengah bandar Houston.

Jika ada antara mereka ingkar dengan larangan tersebut, kereta mereka akan ditunda.

Gambar tersebut mendapat kecaman hebat apabila Al Jazeera memilih untuk memuat naik gambar tersebut di laman Instagram mereka bagi mendapat reaksi masyarakat antarabangsa.

Rata-rata komentator mengecam gambar tersebut dan mengkritik pengurusan pusat membeli-belah itu yang dilihat bersifat perkauman.

©Eriyza : Depan premis selalu penuh kenderaan jika ada acara berlangsung di dewan berhampiran.

Via : MyNewsHub




0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.