Kanak-kanak memang kuat meragam, apatah lagi kalau ditinggalkan bersama orang lain selain ibu bapanya. Seorang amah yang kurang sabar telah menendang dan menampar anak majikannya setelah budak berusia 3 tahun itu tidak berhenti menangis.
Peristiwa ini berlaku pada pukul 10 malam, 2 Ogos lalu di Leqing wilayah Zhejiang. Rakaman CCTV yang dipasang oleh ayah mangsa yang hanya dikenali sebagai Encik Li menunjukkan amah itu memukul belakang anaknya apabila budak itu menangis. Tetapi tangisan budak itu semakin kuat lalu amah tersebut menendangnya berterusan sebanyak tiga kali sehingga jatuh ke lantai. Kemudian pengasuh melemparkan sebiji bantal ke arah budak itu.
Beberapa minit kemudian, amah menukar seluar untuk budak itu. Dia mengambil budak itu dari lantai dan melemparkannya ke atas katil. Dalam proses menukar seluar, amah itu terus menyakitinya. Oleh kerana budak itu masih menangis, mukanya ditampar tuala sebanyak 2 kali. Tidak cukup dengan itu, tangan amah itu pula melekat di pipinya.
Difahamkan, budak malang itu menangis selama 1 jam. Encik Li membawanya menjalani rawatan, mujurlah tiada kecederaan fizikal berlaku ke atas anaknya.
©Eriyza : Lakukan perkara yang sama terhadap amah yang jahat.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.