Sebuah kisah tragis berlaku pada 30 Mei 2013. Seorang gadis berusia 25 tahun dihumban keluar daripada kereta JMC dalam keadaan tidak berpakaian di Samer, pinggir bandar Jeddah. Saksi yang menyaksikan kejadian itu segera membaluti tubuh gadis berkenaan dengan selimut dan menghubungi polis.
Sejurus polis tiba, siasatan awal menunjukkan bahawa gadis itu sudah tidak bernyawa. Nombor plat JMC dimasukkan ke dalam sistem pengawasan kereta polis trafik dan ia menunjukkan bahawa ia adalah milik seorang putera Arab Saudi.
Siasatan lanjut dijalankan dan keputusannya menunjukkan bahawa pemilik JMC itu ialah Putera Khalid bin Sa'ad bin Abdul Aziz al-Saud. Putera Khalid dikatakan bertemu dengan gadis itu pada malam Rabu di sebuah pusat membeli-belah Al-Tuhayat. Gadis itu bertindak berani dengan mencabar putera raja berkenaan.
Tidak lama kemudian, gadis malang itu diculik oleh Tariq al-Maqrebi, sekutu putera dan dipindahkan ke tempat rahsia. Di sana, mangsa telah diserang secara seksual. Apabila dia cuba melarikan diri, dia dibunuh dan mayatnya dicampak di tepi jalan.
Media tempatan yang dikawal kerajaan tidak melaporkan apa-apa kejadian. Berita ini hanya tersebar setelah disiarkan oleh media antarabangsa.
©Eriyza : Putera Khalid mungkin terlepas di dunia tetapi akan diadili di 'mahkamah' Allah kelak.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.