Satu kemalangan dahsyat berlaku di New Sheppey Crossing Bridge apabila sekurang-kurangnya 100 kenderaan berlanggar sesama sendiri. Polis menyifatkan malapetaka itu sebagai ajaib apabila tiada mangsa yang maut walaupun banyak kenderaan remuk teruk.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika cuaca diliputi kabus tebal. Saksi memberitahu banyak mangsa tidak memasang lampu selain sesetengah pemandu kurang berhemah di jalanraya.
Kemalangan selama 10 minit itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Sebuah lori trak telah berjaya menghalang lebih banyak kemalangan berlaku apabila pemandunya bertindak merintangi kenderaannya di tengah jambatan sehingga anggota penyelamat tiba.
Lapan orang cedera parah manakala 200 yang lain cedera ringan. Pihak bomba terpaksa menggunakan jentera hidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Polis membuka semula laluan berkenaan pada pukul 6 petang setelah semua kenderaan dialihkan dan mangsa yang terlibat dihantar ke hospital.
©Eriyza : Tentu ramai yang memandu laju ketika nahas terburuk itu berlaku.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.