Vancouver - Seorang wanita tempatan Kayla Smith mempunyai cara tersendiri menghadapi pencuri basikalnya. Kayla kehilangan basikalnya yang berharga $1,000 (RM3,118) ketika diparkir dekat Kampung Olimpik minggu lalu.
Sejak itu dia mengaku sangat kecewa dan mula berputus asa. “Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, mengapa ada orang melakukan ini pada saya?,” katanya.
Apabila seorang kawan Kayla ternampak iklan yang menawarkan basikal sama seperti milik Kayla dengan harga $300 (RM935), dia mulai berang.
“Saya sangat marah dan berdoa agar si pencuri itu dilenyek oleh trak,” katanya.
Dia kemudian merancang untuk bertemu dengan penjual basikal itu di tempat letak kenderaan restoran McDonald’s. Apabila mereka bertemu, dia memberitahu penjual itu dia perlu menguji basikal itu terlebih dulu. Lelaki berkenaan pada mulanya teragak-agak tetapi dia akhirnya bersetuju membenarkan Kayla menguji basikal itu.
Kayla lalu naik ke atas basikal itu dan menunggangnya pulang ke rumah. “Saya sangat gembira, rasanya seperti pemain bola NFL yang meraih kemenangan,” katanya.
Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak disenangi polis dan mereka memberi peringatan agar orang lain tidak mencontohi tindakan Kayla. Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, perbuatan Kayla bertemu dengan si pencuri mendedahkan dirinya kepada bahaya.
“Anda tidak tahu siapa yang akan anda temui. Berapa ramai yang ada di sana dan mungkin si pencuri itu boleh melakukan apa saja jika terdesak,” katanya.
©Eriyza : Wanita ini sepatutnya meminta bantuan polis ketika berurusan dengan pencuri berkenaan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.