Cubaan polis untuk menangkap lelaki yang mengamuk di luar Terminal Bas Lembaga Pelabuhan pada malam Sabtu lalu mengakibatkan dua orang wanita cedera terkena peluru sesat.
Suspek
Theodora Ray, 54 tahun, cedera di kaki manakala Sahara Khoshakhlagh, 35, ditembak bahagian di punggung selepas seorang anggota polis melepaskan 3 das tembakan kerana suspek disyaki bersenjata. Ray dikejarkan ke Hospital Bellevue manakala Koshakhlagh telah dibawa ke Hospital Roosevelt.
Suspek berkenaan yang dipercayai gila, Glen Broadnax, 35, mencetuskan huru-hara pada pukul 9.30 malam di laluan sibuk Eighth Avenue dan 42nd Street. Dia menghalang kenderaan malah mahu mereka melanggarnya.
Tidak lama kemudian, seseorang menjerit bahawa suspek bersenjata dan keadaan semakin kecoh apabila orang awam bertempiaran lari menyelamatkan diri.
©Eriyza : Kasihan pada mangsa yang tidak bersalah.
2 Comment
Assalaam banyak ilmu dari negara luar..kita dok pandai bahasa inggeris..terimakasih
@zeqzeq z:
Wsalam.
Kita dok reti gok. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.