Oct 11, 2013

Berubah Jadi Makcik Kerana Mahu Cantik


China – “Muka awak terlalu kurus menyebabkan awak kelihatan seperti orang yang papa kedana". Kata-kata berkenaan telah mengubah hidup seorang wanita, Xiao Lian untuk selama-lamanya.


Ketika itu, Xiao Lian yang baru berusia 17 tahun berasa kecewa selepas mendengar majikannya bercakap sedemikian rupa.

Dalam diam-diam, dia berhasrat menyuntik wajahnya, agar ia kelihatan pejal dan berisi, sekali gus dapat memikat lelaki kaya.

Namun kini selepas 11 tahun, wajah Xiao Lan berubah sepenuhnya, kesan suntikan haram yang dilakukan di wajahnya.

Menceritakan kisah hidupnya, Xiao Lian berkata, selepas mendengar kata-kata majikannya itu, dia telah mengunjungi sebuah klinik untuk mendapatkan suntikan bagi memejalkan wajah, namun bayaran yang mahal telah menghalang hasratnya.

Selepas itu, rakannya berjaya mempengaruhinya untuk melakukan suntikan itu di sebuah klinik haram dan sebaik disuntik, wajahnya menjadi cantik, namun keadaan berubah selepas lima tahun.

Wajahnya mula membengkak manakala mata dan hidung mula bertukar bentuk.

Pada 2013, keadaan bertambah teruk apabila rambutnya mula luruh.

Rupanya dia disuntik dengan gel hydrophilic polyacrylamide iaitu sejenis bahan yang digunakan untuk membesarkan payu dara.

Bagaimanapun gel hydrophilic polyacrylamide telah diharamkan di China kerana ia didapati mengandungi toksid.

Kini Xiao Lan terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan semula wajahnya.

©Eriyza : Kasihan.

Via : Berita Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.