Oct 9, 2013

Mangsa Rompakan Ditembak Di Tangan


TELUK INTAN- Seorang pemborong kelapa sawit cedera ditembak di tangan kanannya selepas cuba menyerang perompak yang menceroboh rumahnya di Taman Impian, Jalan Changkat Jong, di sini, awal pagi semalam.


Mangsa Yang Ho Chai, 62, dikatakan bangun dari tidur kira-kira jam 3 pagi untuk membuang air kecil sebelum terdengar bunyi bising di tingkat bawah rumahnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, mangsa mendapati dua lelaki menutup muka dengan kain putih menggeledah rumahnya.

Menurutnya, mangsa menjerit sejurus mencapai sebilah parang dari biliknya, bagaimanapun dua suspek terbabit terus meluru ke arahnya.

“Seorang suspek memegang parang dan seorang lagi mengacukan sesuatu yang bertutup dengan kain sambil menjerit mahu menembak tangan mangsa.

“Ho Chai bagaimanapun tidak membuang parang yang dipegang sehingga suspek melepaskan satu tembakan dan kena pada tapak tangan kanan mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, dua suspek terbabit kemudiannya turun ke tingkat bawah dan melarikan diri.

"Setelah keadaan tenang, mangsa bersama isterinya berusia 50-an keluar daripada bilik dan mendapati keadaan rumah mereka berselerak.

"Malah, mangsa juga mendapati kereta Ford Fiesta putih miliknya turut dilarikan suspek," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapat rawatan dan pasukan forensik dipanggil untuk membantu siasatan.

Jelasnya, pemeriksaan awal mendapati ada kesan umpil pada pintu hadapan rumah mangsa.

“Polis sedang mengesan dua suspek yang masih belum dikenal pasti identitinya, termasuk kereta milik mangsa yang dilarikan dalam kejadian itu.

“Mangsa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan dilaporkan stabil," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api,” katanya.

©Eriyza : Sungguh menakutkan.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.