Oct 27, 2013

Motor Terbakar Ketika Isi Minyak



Sebuah video dimuatnaik ke Facebook telah menarik perhatian penulis. Selama ini, ramai orang mengabaikan ciri² keselamatan apabila mengisi minyak kenderaan mereka. Ada yang masih merokok, tidak memadamkan suis kenderaan malah mengisi minyak ke dalam bekas yang tidak sesuai.

Sebuah motosikal telah terbakar di Shell Kupang, Baling, Kedah ketika penunggangnya sedang mengisi minyak. Tidak dapat dipastikan punca sebenar tetapi elok dijadikan pengajaran kepada semua orang agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Mujurlah pemilik motor itu sempat menarik motornya jauh dari pam minyak. Malah, para pekerja Shell itu juga bertindak pantas memadamkan kebakaran.

©Eriyza : Sudah lama tidak mengisi minyak di Shell.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.