Oct 11, 2013

Pengusaha Restoran Nafi Caj Harga Tinggi


PADA 8 OKTOBER lalu, sebuah akhbar menyiarkan berita berkenaan sebuah kedai makan di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan diserbu penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) susulan laporan pemiliknya mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP.



Serbuan mendapati pemiliknya melakukan kesalahan menutup tanda harga makanan. Atas kesalahan itu, restoran terbabit dikenakan kompaun manakala lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000 dirampas.

Jika sabit kesalahan, pengusahanya boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

Difahamkan sebelum itu, caj tidak masuk akal telah dikenakan terhadap rombongan 50 orang termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan yang singgah untuk bersarapan pagi di situ sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar tersebut.

Bagaimanapun, pemilik kedai makan terbabit iaitu Selera Daun Pisang akhirnya tampil memberi penjelasan. Dakwa pemiliknya yang dikenali sebagai Kak Yah, terdapat fakta tidak betul dilaporkan hingga dia menjadi mangsa keadaan.

Menurut Kak Yah, kedainya itu bukan tidak biasa dikunjungi rombongan VIP termasuk Rais Yatim dan Bung Mokhtar.

Namun situasinya tidak sama dengan apa yang berlaku ketika melayan rombongan VIP yang dikatakan mengiringi Dato’ Mukhriz Mahathir tempoh hari.

Kak Yah berkata, seorang wakil sudah memaklumkan lebih awal padanya bahawa rombongan VIP akan tiba pada hari berkenaan namun jumlah yang terlibat adalah 200 orang. Bagaimanapun pada hari berkenaan, jumlah yang datang dan mengambil makanan mencecah 400 orang.

Akibatnya, lauk pauk yang disediakan untuk anggaran 400 orang pelanggan kedainya sehingga jam 5 petang turut licin.
Kak Yah juga menafikan laporan yang tersiar dalam Astro Awani bahawa dia hanya menyediakan lauk ayam kampung sahaja bagi 100 orang. Sebaliknya, terdapat lauk pauk lain termasuk gulai itik serati dan telur itik.

Itu belum termasuk lauk pauk dan kuih muih yang tidak termasuk dalam menu rombongan dan dihidangkan untuk jualan kepada pelanggan kedai biasa tetapi ditapau oleh rombongan untuk dibawa balik.

Setiap anggota rombongan juga katanya, memilih untuk memesan air minuman mengikut kemahuan sendiri dan dia diberi lampu hijau untuk memasukkan semuanya dalam bil meskipun sudah mencadangkan supaya satu jenis air sahaja dihidangkan.

Berkenaan resit RM6,000 yang tersebar pula, Kak Yah menyatakan dia sudah memberikan diskaun dan bayaran yang dikenakan dan diterima adalah RM5,500 namun wakil pembayar memilih untuk mengambil resit asal.

Kata Kak Yah, susulan laporan yang tersiar dan serbuan daripada KPDNKK, dia mengalami trauma dan jualan kedainya turut terjejas. Justeru, dia mengambil langkah membuat laporan polis pada 8 Oktober lalu bagi menyangkal dakwaan berkenaan.

Berkenaan tindakannya menutup tanda harga seperti mana dilaporkan KPDNKK Kak Yah menjelaskan, “Saya letak dah tanda harga tapi harga asal ditutup. Sebanya, dua, tiga tahun lepas saya jual nasi ayam kampung RM4.50.

“Sekarang saya jual standard lah, RM5.00. Yang tu memang silap saya tapi tak ada niat nak menipu. Kalau menipu dah lama saya kaya!”

©Eriyza : Tak pasal-pasal kena fitnah.

Via : MyNewsHub



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.