Oct 11, 2013

Pesawat MasWings Terhempas Di Kudat


KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.55 petang, 10 Oktober 2013. Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.




SENARAI MANGSA YANG TERLIBAT

MENINGGAL DUNIA

Tan Ah Chai - 96 Tahun
Marc Joseph-Co-Pilot - 23 Tahun

RED.(KRITIKAL)

Sue Isabella Abai-26 Thn

YELLOW.(SEDERHANA)

Mohd Abd Amir-58thn-Kapten Pilot

GREEN.(STABIL)

Fauziah Pelimin-32thn
Mohd Raiyan Fatmi-4thn
Nur Filzah Raudah-1thn
Merang Bt Maharani-54thn
Noorhazwin Sharom-29thn
Chang Gee Keong-29thn
Elranita Bt John-25thn
Junaini Bladi-52thn
Erwan Shah Bin Einin-28thn
Lee Chee Kian-39thn
Tan Kan Cian



Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

©Eriyza : Takziah kepada semua mangsa yang terlibat.

Via : Berita Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.