Kota Bharu: Seorang suri rumah yang ditembak lima das ketika memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat bersebelahan Balai Polis Binjai, di sini, kelmarin, mungkin menjadi mangsa tersilap sasaran berikutan tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.
Selain itu, cermin kereta Proton Persona yang dipandunya ketika kejadian agak gelap, menyebabkan penyerang tidak dapat mengagak identiti pemandu kenderaan itu. Dalam kejadian jam 6.40 petang, Nurul Atikah Sidek, 22, dari Kampung Karang Banggu, dekat sini, bernasib baik apabila cedera di pipi kanan selepas dipercayai terkena satu daripada lima das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal.
Dia turut cedera di tangan kanan dan hidung akibat terkena serpihan cermin yang pecah akibat ditembak.
Selepas ditembak, ibu kepada seorang anak itu dibawa masuk ke dalam balai polis yang terletak 20 meter dari tempat kejadian untuk mendapatkan perlindungan dengan dibantu orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian, mangsa memandu bersendirian dari arah Bachok ke Kubang Kerian.
“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa memberhentikan keretanya kerana lampu isyarat merah sebelum dua motosikal jenis Honda EX-5 dan Yamaha LC dinaiki empat lelaki datang dari arah sama menghampirinya. “Pembonceng sebuah daripada motosikal itu kemudian melepaskan lima das tembakan ke arah kereta mangsa sebelum melarikan diri ke arah Bachok,” katanya.
Menurut Mazlan, pemeriksaan menemui lima kesan tembakan di cermin sebelah kanan, cermin depan dan di pintu sebelah pemandu. Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa memberitahu tidak mempunyai masalah dengan sesiapa. “Kemungkinan suspek tersilap sasaran berikutan cermin kereta yang agak gelap. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh,” katanya.
Sementara itu, penduduk Wan Mat Zain Wan Omar, 64, berkata, dia bersama hampir 20 rakannya bermain dam aji di kedai makan berhampiran.
Katanya, mereka dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan kira-kira 50 meter dari kedai makan.
“Pada mulanya, kami tidak mengendahkan bunyi letupan itu kerana menyangka ia bunyi mercun. Bagaimanapun, saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa ada kejadian tembak,” katanya.
©Eriyza : Sungguh menakutkan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.