Nov 29, 2013

21 Perempuan Dipenjara 11 Tahun


KAHERAH - MESIR Seramai 21 wanita termasuk tujuh remaja perempuan berumur di bawah 18 tahun, kelmarin dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh mahkamah atas kesalahan menyertai protes secara aman di Iskandariah, awal bulan lalu.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh bawah umur itu akan ditempatkan di pusat tahanan juvana sehingga mencapai umur sah dari segi undang-undang untuk menjalani hukuman tersebut.

Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas enam pemimpin Ikhwanul Muslimin yang didapati bersalah menghasut bantahan di negara tersebut.

Difahamkan, keputusan itu dibuat beberapa hari selepas undang-undang baru menyekat demonstrasi awam diluluskan oleh Presiden sementara Adly Mansour.

Perdana Menteri sementara Hazem el-Beblawi turut mempertahankan undang-undang tersebut yang memerlukan penduduk memohon kebenaran untuk mengadakan sebarang demonstrasi, dipetik dari laporan AFP.

©Eriyza : Jangan gentar wahai pihak yang benar. Allah bersama kalian.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.